More

    Pengguna Celcom alami masalah rangkaian, telefon tidak menerima sebarang signal

    [Kemas kini, 8:00 malam] Celcom mengatakan perkhidmatan telah mula pulih seperti biasa bermula 6:00 petang tadi. Sebagai tanda penghargaan kepada kesabaran para pelanggan, penggunaan internet sehingga 12:00 malam ini tidak akan ditolak daripada kuota bulanan.

    [Berita asal, 4:30 petang] Celcom pada hari ini mungkin sedang mengalami isu rangkaian yang agak parah dan menjejaskan penggunaan untuk majoriti pengguna di Semenanjung Malaysia seperti di Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Terdapat juga pengguna dari Miri, Sarawak yang melaporkan perkara yang serupa.

    Netizen telah menyuarakan kekecewaan mereka di media sosial Facebook dan Twitter. Celcom mengakui isu tersebut dan mengatakan rangkaian mereka sedang diperbaiki secepat mungkin.

    Masih tiada kenyataan rasmi daripada Celcom berkenaan isu ini. Kami akan mengemas kini artikel ini sebaik sahaja mendapat maklumat baru daripada pihak Celcom.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured