More

    Pengguna iPhone 12, iPhone 12 Pro lapor masalah skrin OLED menjadi kuning dan kehijauan

    Sementara siri iPhone 12 masih dalam gelombang pra-tempah untuk rakyat Malaysia, pengguna di negara lain sudah pun menggunakan siri iPhone 12. Menurut pengguna di beberapa negara, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang digunakan dilapor mengalami masalah skrin.

    Kebanyakan pengguna melaporkan bahawa skrin peranti menjadi sedikit kekuningan dan skrinnya tidak secantik skrin pada siri iPhone 11. Terdapat sebilangan pengguna yang mengaktifkan ciri True Tone di mana ciri ini mengubah suai kecerahan dan warna skrin untuk memberi keselesaan kepada mata anda, tetapi ia tidak kembali kepada skrin asal apabila dinyahaktif.

    Melalui hal ini, pengguna yang mengalami masalah skrin membuat andaian bahawa pembekal skrin pasti ingin mempercepat pengeluaran skrin sehingga mengabaikan kualiti. Menurut sumber, iPhone 3G terdahulu turut mengalami masalah skrin kekuningan seperti ini.

    Sebagai tambahan, terdapat juga beberapa pengguna yang mempunyai masalah skrin mempunyai tona warna hijau dan kelabu jika mereka menetapkan tahap kecerahan di bawah 90%. Apa pun, setakat ini Apple masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenainya.

    Kami juga tidak pasti apakah punca masalah skrin ini. Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2 | 3

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured