More

    Pengguna iPhone 14 Pro alami kamera bergetar dan bunyi aneh apabila buka beberapa aplikasi

    Siri telefon pintar terbaharu daripada Apple, iPhone 14, telah mula dijual di beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura dan sebaganinya. Sungguh pun begitu, beberapa pemilik awal untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max mengalami beberapa isu aneh sewaktu menggunakan telefon tersebut.

    Sejumlah pengguna melaporkan bahawa mereka mengalami kamera yang bergetar dan mendengari bunyi getaran aneh sewaktu membuka kamera dalam aplikasi pihak ketiga seperti Instagram, TikTok atau Snapchat. Banyak video telah dimuat naik ke media sosial, menunjukkan iPhone 14 Pro yang bergetar apabila kameranya diakses melalui aplikasi pihak ketiga.

    Kamera bergetar ini membuatkan iPhone 14 Pro tidak boleh mengambil gambar dengan stabil dan akan membuatkannya kabur. Pastinya ini adalah isu yang sangat membimbangkan pengguna yang telah membelanjakan sejumlah wang besar untuk membeli peranti tersebut.

    Perlu diingati bahawa masalah ini tidak timbul apabila pengguna mengakses kamera iPhone secara terus, sebaliknya ia hanya timbul apabila pengguna mengakses kamera melalui aplikasi pihak ketiga.

    Setakat ini masih tiada penyelesaian untuk masalah ini, namun ia mungkin melibatkan pepijat dalam kod dalaman aplikasi tersebut yang masih belum bersedia untuk teknologi kamera iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

    Jika anda berminat untuk memiliki mana-mana varian iPhone 14, pra-tempahan untuk pasaran Malaysia telah pun dibuka sejak hari minggu lalu.

    Kongsi pendapat anda tentang isu ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...