More

    Pengguna iPhone 5s, 6 dan 6 Plus perlu naik taraf untuk terus guna WhatsApp

    WhatsApp untuk iOS tidak lagi akan berfungsi pada iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Perubahan ini akan memberi kesan kepada pengguna peranti lama kerana WhatsApp kini fokus kepada sokongan untuk versi iOS yang lebih terkini. Walau bagaimanapun, model iPhone lain masih boleh menggunakan WhatsApp selagi ia menjalankan versi iOS yang terkini.

    Selama bertahun-tahun, WhatsApp telah memastikan sokongan untuk pelbagai model iPhone dan versi iOS, membolehkan ramai pengguna terus menikmati aplikasi ini. Namun, dengan perkembangan teknologi, WhatsApp terpaksa menyesuaikan diri bagi membolehkan ciri-ciri dan prestasi yang lebih maju.

    Pengguna yang menjalankan iOS versi lebih lama daripada 15.1 telah dimaklumkan bahawa aplikasi ini tidak akan lagi berfungsi pada peranti mereka mulai 5 Mei 2025. Ketika ini, WhatsApp memerlukan iOS 12 sebagai minimum, tetapi versi terkini akan meningkatkan keperluan kepada iOS 15.1 atau lebih baru.

    Keputusan ini membolehkan WhatsApp menggunakan sepenuhnya teknologi terkini yang diperkenalkan dalam iOS 15 ke atas termasuk API baharu yang menyokong ciri keselamatan, prestasi lebih baik dan penambahan fungsi baharu. Dengan menghentikan sokongan untuk sistem operasi lama, WhatsApp dapat memberi tumpuan kepada pengoptimuman kod tanpa perlu menyokong peranti lama yang penggunaannya semakin berkurangan.

    Bagi pengguna Android, perubahan ini tidak memberi kesan dan mereka boleh terus menggunakan WhatsApp seperti biasa. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured