More

    Pengguna iPhone 6s, iPhone SE 2016 mungkin boleh ucap selamat tinggal kepada iOS 15

    Seperti biasa, Apple bakal hadir dengan kemas kini besar yang terbaru untuk sistem perantinya termasuklah iOS untuk peranti iPhone. Dijangkakan, kemas kini iOS 15 yang bakal hadir pada tahun ini tidak akan menyokong lagi beberapa peranti iPhone yang lama seperti iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE (2016).

    Menurut sumber, kemas kini iOS 15 tidak akan disokong lagi oleh beberapa peranti dengan cip Bionic A9 seperti iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE (2016). Namun, sumber menjangka iPhone 7, iPhone 7 Plus dan peranti iPhone lain selepas siri iPhone 7 akan menyokong iOS 15.

    Untuk kemas kini iPadOS 15 pula, ia mungkin tidak akan disokong lagi oleh peranti iPad mini 4 (2015), iPad Air 2 (2014) dan iPad 5 (2017) yang masing-masing dilengkapi cip Bionic A8, A8X dan A9.

    iPhone SE (2016)

    Sepintas lalu, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus kini sudah berusia lebih dari lima tahun. Jadi, tidak mustahil jika ia sudah tidak menyokong kemas kini terbaru. Hal ini selari dengan laporan tentang sokongan kemas kini iOS pada iPhone yang menunjukkan Apple telah menyokong iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE (2016) dengan enam kemas kini termasuk kemas kini iOS 9 yang sudah tersedia pada mulanya.

    Anda boleh membaca berita lepas mengenai siri iPhone 13 di sini. Adakah anda memiliki iPhone yang dijangkan tidak akan menyokong kemas kini iOS 15? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured