Terkini, Google telah mengeluarkan fungsi keselamatan baru untuk aplikasi Google Drive di iOS dan iPadOS. Fungsi yang terdapat dalam pilihan ‘Privacy Screen’ ini membenarkan anda untuk menggunakan Face ID atau Touch ID untuk membuka Google Drive anda .
Sebenarnya, Google telah mengumumkan fungsi baru ini pada bulan lepas. Namun, kemas kini terbaru aplikasi Google Drive di peranti iPhone memaparkan ciri kemas kini ini seperti gambar di bawah. Setelah kemas kini, anda boleh membuka ‘Settings’ di Google Drive untuk melihat meu ‘Privacy Screen’.


Menurut sumber, anda boleh memilih untuk mengaktifkan ‘Privacy Screen’ ini sejurus selepas anda menukar kepada aplikasi lain atau memilih masa 10 saat, 1 minit dan 10 minit untuk mengaktifkan log masuk ke Google Drive dengan Touch ID/Face ID ini. Apa pun, fungsi ini tidak terdapat jika anda membuka Google Drive melalui notifikasi, arahan Siri, fail yang dikongsi dalam aplikasi ‘Files’ dan gambar yang dikongsi melalui aplikasi ‘Photos’.
Sudahkah anda mengemas kini aplikasi Google Drive dan menggunakannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Verge






