More

    Pengguna iPhone di Eropah kini boleh muat turun aplikasi daripada luar App Store

    Bermula bulan Mac 2024, Apple akan membenarkan para pengguna iPhone di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk memasang aplikasi daripada pihak ketiga, lebih dikenali sebagai sideload, dan tidak lagi dihadkan kepada Apple App Store sahaja.. Ini adalah bagi mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) yang akan dikuat kuasa bermula bulan Mac 2024.

    Akta DMA telah diluluskan oleh EU pada 2022 bagi menghapuskan elemen anti-persaingan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat teknologi besar seperti Apple. Pihak EU menggariskan bahawa platform aplikasi App Store, pelayar web Safari dan sistem operasi iOS sebagai perkhidmatan platform teras (core platform services) yang perlu mematuhi DMA.

    Fungsi sideload ini akan ditawarkan bermula kemas kini iOS 17.4 beta dan bakal memecahkan kedudukan App Store sebagai satu-satunya platform aplikasi untuk iPhone sebelum ini. Perlu diketahui bahawa sideload dalam iPhone hanya boleh dilakukan untuk negara-negara Eropah sahaja setakat ini.

    Apple mengatakan pengguna boleh memuat turun platform aplikasi pihak ketiga (alternative app marketplace) yang telah diluluskan (notarized) oleh Apple terlebih dahulu, supaya keselamatan para pengguna masih terjaga. Kemudian, pengguna boleh muat turun sebarang aplikasi daripada platform tersebut, termasuklah aplikasi yang tidak semestinya mematuhi garis panduan Apple App Store.

    Sementara itu, para pembangun aplikasi juga boleh pilih sama ada untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran Apple atau perkhidmatan pembayaran pihak ketiga untuk sebarang pembelian dalaman aplikasi (in-app purchases).

    Para pengguna juga boleh tetapkan pelayar web pihak ketiga sebagai pelayar web utama (default web browser) apabila pengguna membuka pelayar web Safari dalam iPhone buat kali pertama.

    Bagi mengelakkan pengguna iPhone di luar Eropah untuk melakukan sideload, Apple akan semak butiran pengguna seperti alamat pengebilan Apple ID, negara kediaman dan nombor model iPhone. Setakat ini masih tidak pasti jika seorang pengguna iPhone yang melancong ke Eropah selama beberapa hari, kemudian memuat turun aplikasi daripada platform pihak ketiga, boleh kekal menggunakan aplikasi tersebut apabila pulang ke negara asal.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured