More

    Pengguna iPhone tidak berminat kepada iOS 15 berdasarkan jumlah yang telah mengemaskini

    Tidak seperti sebelum-sebelum ini, iOS 15 dilihat seperti kurang mendapat perhatian pengguna iPhone. Menurut laporan, iOS 15 yang dilancarkan mendapat jumlah kemaskini sebanyak 8.5%. Data ini telah dikumpulkan pada hari Rabu selang beberapa hari selepas ianya dilancarkan.

    Hal ini berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun lepas yang mana iOS 14 mendapat jumlah kemaskini sebanyak 14.5%. Kajian tersebut menunjukkan bahawa pengguna iPhone tidak berminat kepada iOS 15. Kajian ini juga diukur berdasarkan jumlah pelawat yang melayari laman web dan aplikasi melalui ujian analisa SDK.

    Keputusan tersebut mungkin tidak tepat, tetapi jika dibandingkan dengan situasi yang sama pada tahun lepas, ianya dapat disahkan bahawa jumlah yang mengemaskini adalah kurang jika dibandingkan dengan iOS 14. Dengan data yang telah didedahkan, Apple mungkin malu untuk memberitahu peratusan jumlah sebenar pengguna yang telah mengemaskini kepada iOS 15.

    Kali terakhir Apple mendedahkan laporan tentang jumlah pengguna yang sudah mengemaskini adalah pada bulan Jun iaitu ketika IOS 14 dilancarkan. Awal tahun ini Apple mendedahkan bahawa pengguna iOS 14 masih menerima kemas kini keselamatan walaupun tidak mengemaskini iPhone mereka kepada iOS 15.

    Hal ini menambah lagi keraguan pengguna iPhone untuk berpindah ke iOS 15 kerana terdapat pepijat di dalam sistem yang terjadi seperti sebelum-sebelum ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...