More

    Pengguna kini boleh menyunting fail PDF melalui telefon Android

    Google Drive telah memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyunting dan melukis pada fail PDF menggunakan peranti Android. Alat anotasi baharu direka untuk memudah dan mencepatkan pengeditan. Butang pilihan terapung berbentuk pen akan kelihatan di penjuru kanan sebelah bawah skrin apabila membuka fail PDF dalam Google Drive untuk Android.

    Apabila diklik, ia akan membuka bar alat baharu pilihan untuk dilukis dan dianotasi. Alat pen tersedia dalam warna merah, hitam, biru dan hijau dengan pelbagai ketebalan yang boleh dilaraskan dengan menyeret peluncur menggunakan jari atau stilus. Terdapat juga penyerlah (highlighter) tersedia dalam warna kuning, hijau, biru atau ungu.

    Terdapat pilihan pemadam yang boleh mengalih keluar apa sahaja dan pilihan buat asal serta buat semula. Akhir sekali, terdapat pilihan untuk menyembunyikan semua suntingan sepenuhnya. Pengguna boleh terus menyimpan anotasi mereka pada fail jika ia adalah PDF atau buat salinan PDF baharu fail dengan anotasi yang disimpan padanya.

    Fungsi baharu ini sedang dilancarkan dengan pengguna perlu memuat turun versi terkini Google Drive. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured