More

    Pengguna pas My50 tidak perlu lagi gunakan MyKad bermula 2025

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah pembayaran baharu untuk pas pengangkutan awam My50 bermula tahun hadapan. Para pengguna My50 tidak perlu lagi bergantung kepada MyKad sahaja, sebaliknya boleh menggunakan kaedah-kaedah lain seperti kad Touch ‘n Go atau pengimbasan kod QR pada telefon pintar.

    Kerajaan mengambil berat tentang isu ini selepas ramai pengguna mengatakan mereka tidak ingin gunakan MyKad kerana bimbang ia disalah letak. Beliau turut berkata peralihan kaedah pembayaran ini bertujuan untuk mendigitalkan sistem pengangkutan awam.

    Sungguh pun begitu, kerajaan masih belum memberi tarikh spesifik untuk kaedah pembayaran baharu My50 pada tahun hadapan.

    My50 merupakan pas bulanan yang membenarkan pelanggan untuk menaiki perkhidmatan bas dan kereta api bawah pengurusan Prasarana tanpa sebarang had. Secara purata, terdapat 220,000 orang telah melanggan kepada pas My50 setiap bulan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

     

    Artikel Terkini

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...