More

    Pengguna PC lama berkemungkinan boleh menggunakan Windows 11

    Asus sedang mengusahakan firmware baru untuk papan induk yang membolehkan PC menaik taraf ke Windows 11. Microsoft menjelaskan pada bulan Ogos bahawa cip Intel dan papan induk lain mungkin dapat memasang Windows 11. Walau bagaimanapun, Asus masih berusaha mengemas kini firmware untuk papan induk Intelnya dan melancarkan versi betaa yang membolehkan Windows 11 dipasang pada produk tertentu.

    Sebagai contoh, ASUS mengatakan papan induk STRIX Z270F menyokong Windows 11 tanpa perlu mengubah tetapan dalam UEFI BIOS. Sungguh pun begitu, perlu diketahui bahawa BIOS papan induk ini masih berada dalam fasa pengujian.

    Ini adalah papan induk yang menyokong siri CPU Intel Kaby Lake, di samping Celeron G3900 ke atas dan siri Core i3-6098P. Walaupun Windows 11 menyokong pemproses Intel Core generasi kelapan, Asus menggunakan peluang ini untuk menyokong cipset Skylake generasi keenam dan Kaby Lake generasi ketujuh pada papan induk tertentu.

    Maklumat Microsoft yang tidak jelas mengenai perkakasan yang menyokong Windows 11 telah menjadi masalah yang berlanjutan. Walaupun begitu, Windows 11 masih mendapat sambutan yang hangat jika dibandingkan dengan Windows 8.

    Ikuti kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: techradar

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured