More

    Pengguna Samsung Galaxy S21 hanya perlu menyebut ‘Hi, Bixby’ untuk membuka kunci peranti mereka

    Pada masa kini, terdapat pelbagai cara untuk anda membuka kunci telefon pintar anda. Antaranya adalah pengesan cap jari, pengimbas muka (face unlock), nombor PIN, dan buka kunci corak. Satu lagi cara yang jarang digunakan adalah dengan menggunakan suara anda dan ciri ini dikhabarkan akan digunakan kembali oleh siri telefon flagship Samsung terbaru, Samsung Galaxy S21.

    Sebelum ini, ciri buka kunci menggunakan suara ini telah diperkenalkan oleh Samsung pada telefon lamanya yang hadir dengan Bixby Voice kemudian ciri tersebut telah dikeluarkan. Kini, sumber menyatakan bahawa ciri ini akan dikembalikan pada siri Galaxy S21 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

    Berdasarkan sumber, ciri ini akan diperkenalkan semula pada perisian One UI 3.1 yang akan digunakan oleh peranti Galaxy S21. Pengguna dikatakan akan hanya perlu menyebut ‘Hi Bixby’ untuk membuka kunci peranti mereka.

    Jika anda tidak yakin dengan cara membuka kunci telefon dengan suara, anda masih boleh membuka kunci Galaxy S21 anda dengan muka dan cap jari anda.

    Adakah anda ingin ciri ini digunakan oleh peranti jenama lain? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured