Pada tahun 2017, Twitter pernah memperkenalkan program pengiktirafan awam namun ia dihentikan selepas ia terpalit dengan beberapa kontroversi yang melibatkan ahli ekstremis. Kini nampaknya perkhidmatan media sosial itu bakal memperkenalkannya semula, selepas pengguna bernama Jane Manchun Wong @wongmjane mengesannya dalam aplikasi Twitter.
Bagi yang tidak tahu, sebelum ini program pengiktirafan awam Twitter adalah sebuah cara untuk mengesahkan akaun rasmi melalui sistem kecerdasan buatan (AI). Jadi pada kali ini, anda sendiri boleh memohon untuk pengesahan dan tidak perlu menunggu sistem AI untuk meluluskannya.
Jane menemui ciri tersebut dalam seksyen tetapan, di bawah Personal Information (informasi peribadi) di mana terdapat pilihan Request Verification (mohon pengesahan). Twitter juga sudah mengesahkan ciapan Wong itu namun tidak memberikan huraian lanjut.
Beritahu kami di Facebook jika anda adalah pengguna Twitter yang sudah lama menginginkan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: TechCrunch






