More

    Pengguna WhatsApp Business kini boleh buat iklan di platform Meta tanpa akaun Facebook

    Pengguna aplikasi WhatsApp Business kini boleh menghasilkan iklan di Facebook dan Instagram yang akan dihalakan ke WhatsApp tanpa memerlukan akaun Facebook serta cara baharu untuk berhubung dengan pelanggan secara lebih efisien.

    WhatsApp kini membenarkan peniaga yang menjalankan seluruh operasinya di WhatsApp dengan kebolehan untuk membuat, membeli, dan menayangkan iklan Facebook atau Instagram secara langsung di dalam aplikasi WhatsApp.

    Ini bermaksud, pengguna WhatsApp Business tidak memerlukan akaun Facebook dan cuma memerlukan alamat e-mel serta cara pembayaran. Apabila iklan tersebut ditekan, ia akan membuka pautan WhatsApp supaya pelanggan boleh bertanyakan soalan, melihat produk dan membuat pembelian.

    Dalam masa terdekat, WhatsApp akan mula menguji ciri baharu dalam aplikasi WhatsApp Business di mana pengguna akan mendapat pilihan untuk menghantar mesej yang diperibadikan kepada pelanggan mereka seperti peringatan janji temu, ucapan hari lahir atau pengumuman jualan murah dengan pantas dan efisien.

    Ciri ini juga boleh menghantar mesej peribadi dengan nama pelanggan dan tambahan butang ajakan yang boleh disesuaikan dengan senarai pelanggan tertentu seperti yang mempunyai label pilihan “Pelanggan VIP” atau “pelanggan baharu”, menjadualkan hari dan masa untuk menghantar mesej.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...