More

    Penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya boleh didenda atau dipenjara

    Kini ramai yang menunggang skuter sebagai kemudahan untuk melakukan kerja harian atau sekadar untuk berseronok. Namun, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengumumkan hukuman menunggang skuter elektrik di atas jalan raya boleh didenda atau penjara jika mengulangi perbuatan itu buat kali kedua.

    Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim mengatakan pihak polis menerima banyak aduan mengenai penunggang skuter elektrik di jalan raya di bandar. Beliau turut mengatakan penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang dan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.

    Tempat-tempat yang dibenarkan adalah seperti taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara. Tindakan ini diambil kerana penunggang boleh mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain atau terlibat dengan kemalangan jalan raya. JSPT akan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan sepatutnya.

    Beliau mengambil tindakan tegas dengan menasihatkan penunggang skuter elektrik telebih dahulu. Tindakan akan diambil setelah undang-undang tersebut dikuatkuasakan. Individu yang bersalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan.

    Kongsikan peringatan ini kepada orang sekeliling anda dan nyatakan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Harian Metro

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured