More

    Penggunaan soket elektrik tiga pin dalam bas kini diharamkan – Anthony Loke

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengarahkan semua pengendali bas menghentikan serta-merta penggunaan soket elektrik 3-pin dan port USB dalam bas selepas insiden seorang pemuda maut akibat renjatan elektrik semasa mengecas telefon dalam bas ekspres. Siasatan mendapati pendawaian oleh pihak tidak bertauliah menjadi punca insiden tersebut.

    Pasukan Petugas Khas terdiri daripada JPJ, APAD, MIROS, SIRIM, Suruhanjaya Tenaga dan Puspakom sedang menyiasat perkara ini. Beberapa bas daripada syarikat yang sama dikenal pasti mempunyai masalah pendawaian serupa dan telah digantung operasinya.

    Larangan penggunaan soket dan port USB ini berkuat kuasa 6 November sehingga dasar dan garis panduan baharu disiapkan dalam tempoh enam bulan. Pengusaha bas digalakkan memeriksa pendawaian tambahan mereka dengan badan bertauliah. Hanya bas yang lulus pemeriksaan boleh mengaktifkan semula soket dan port USB mereka.

    Mulai sekarang, pengendali bas wajib menyediakan laporan pemeriksaan pendawaian tambahan untuk tujuan pelesenan termasuk butiran komponen elektrik seperti kabel dan peranti arus baki. Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured