More

    Pengumuman Huawei MateBook D 15 Malaysia – Hardware AMD Ryzen, Kolaborasi Multi-Skrin dan banyak lagi dengan harga RM2499

    Hari ini, Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan varian baru MateBook D 15 pada 18 Januari 2020. Dengan harga RM2499, komputer riba ini hadir dengan pilihan warna Mystic Silver. Anda perlu mengetahui bahawa Malaysia merupakan pasaran pertama di luar negara China yang dapat menikmati keluaran komputer riba ini.

    Sama dengan reka bentuk model yang sebelumnya, MateBook D 15 yang bersifat kompak menampilkan paparan penuh Fullview 15.6 inci dengan bezel ultra-nipis yang bersaiz 5.3mm sahaja. Dengan nisbah 16:9 dan sokongan FHD, komputer riba ini turut menyokong Kolaborasi Multi-Skrin yang membantu pengguna yang memerlukan produktiviti. Apa pun, pengguna perlu mempunyai telefon pintar Huawei yang menyokongnya dengan EMUI 9.0 terkini. Hal ini membenarkan pengguna mengalih fail daripada antara muka (interface) ke peranti lain untuk pemindahan fail. Pengguna juga boleh melihat kandungan yang disimpan di dalam telefon pintar secara terus melalui komputer riba.

    Mengenai ciri teknologi dalaman, komputer riba dilengkapi processor 12nm AMD Ryzen 5 3500U, grafik AMD Radeon Vega 8, memori dwi-saluran DDR4 sehingga 16GB, SSD 256GB dan ruang HDD 1TB (dengan G-sensor yang melindungi data). Terdapat juga banyak port seperti 3 USB port (1x USB 3.0 dan 2x USB 2.0), port audio 3.5mm dan port HDMI. Tidak lupa kepada versi HUAWEI Shark Fin Fan untuk menangani pemanasan. Bateri pula disokong oleh pengecas 65W USB-C.

    Seperti yang telah dinyatakan, MateBook D 15 bakal dipasarkan dengan harga RM2499 dengan konfigurasi standard yang berikut; RAM 8GB, SSD 256GB dan HDD 1TB. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi stor dalam talian Huawei di sini.

    Beritahu kami pendapat anda di laman Facebook dan nantikan berita terkini Huawei di TechNaveBM.com.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured