More

    Pengumuman MIUI 12: Sistem operasi Xiaomi yang lebih cantik, lancar dan selamat

    Xiaomi hari ni telah mengumumkan keluaran terbaru dalam sistem operasinya, MIUI 12, untuk peranti-peranti Xiaomi. Ia akan mula diperkenalkan kepada pengguna bermula akhir bulan Jun depan.

    Sistem operasi tersebut menampilkan grafik yang lebih menarik serta animasi ikon yang lebih lancar. Ia menampilkan teknologi Mi Light Cone Animation Framework (LCAF) untuk menjana warna dan efek yang lebih jelas serta gerakan animasi ikon yang lebih mesra pengguna.

    MIUI 12 juga mendatangkan aplikasi cuaca yang mensimulasikan keadaan langit di dalam skrin telefon.

    Terdapat juga sebuah fungsi Super Wallpaper yang memberikan tema menyeluruh untuk peranti anda. Buat masa ini, terdapat Super Wallpaper bertemakan planet Marikh dan bumi.

    Fungsi lain yang dipersembahkan adalah Floating Windows untuk tujuan multitasking, Ultra Battery Saver untuk penjimatan tenaga dan Dark Mode untuk mod gelap.

    Daripada segi keselamatan, MIUI 12 menawarkan kawalan yang lebih teliti untuk mikrofon, kamera dan GPS anda, serta fungsi untuk membuang informasi lokasi yang terdapat dalam gambar-gambar anda sebelum dimuat naik ke internet.

    Beritahu kami di Facebook jika anda adalah pengguna Xiaomi yang teruja untuk menggunakan MIUI 12 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured