More

    Pengumuman Samsung Galaxy Note 10 Lite dan S10 Lite: Hadir dengan S-Pen dan bateri 4500 mAh

    Beberapa hari yang lepas, Samsung dengan rasminya telah mengumumkan Samsung Galaxy S10 Lite dan Samsung Galaxy Note 10 Lite yang bakal dipamerkan di CES 2020 yang akan berlangsung pada 7 Februari 2020. Sementara maklumat harga masih belum diumumkan, kami menjangkakan peranti ini lebih murah daripada peranti versi bukan Lite.

    Berkenaan ciri teknologi, Samsung Galaxy Note 10 Lite dilengkapi cipset Exynos 9810, RAM 8GB, storan dalaman sehingga 128GB, paparan AMOLED Infinity-O 6.7 inci dan bateri 4500 mAh. Mengenai kamera, peranti hadir dengan tetapan tiga kamera 12MP + 12MP + 12MP dan kamera selfie hadapan 32MP.

    Ciri teknologi Samsung Galaxy S10 Lite mempunyai banyak persamaan dengan Note 10 Lite, kecuali cipset SD855nya dan tetapan tiga kamera 5MP + 48MP + 12MP. Apa pun, masih tiada berita rasmi tentang tarikh pelancaran dan harga tempatan di Malaysia untuk kedua-dua telefon pintar ini.

    Adakah anda berminat untuk memiliki sama ada Note 10 Lite atau S10 Lite? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured