More

    Penipuan dalam talian mendakwa sebagai Boost: Mesej palsu kepada pengguna e-dompet

    Kebanyakan orang ramai sudah mengetahui tentang inisiatif e-Tunai yang boleh dituntut melalui Boost, Touch ‘n Go eWallet atau GrabPay. Platform tersebut menawarkan pelbagai tawaran untuk menarik perhatian pengguna baru yang mana terdapat kumpulan penipuan dalam talian (scam) cuba mengambil kesempatan. Salah satu daripada kumpulan penipuan tersebut menyatakan bahawa mereka adalah Boost. Mereka turut menghantar mesej penipuan kepada orang awam.

    Menurut Leesharing, kebanyakan netizen telah menerima mesej daripada Boost yang menyatakan bahawa pengguna akan mendapat hadiah wang tunai RM8888 yang disediakan oleh Boost. Pengguna kemudiannya dikehendaki klik pada capaian dalam mesej tersebut untuk menerima hadiah. Pastikan anda tidak klik pada capaian kerana mesej tersebut adalah satu penipuan! Sebetulnya, pihak Boost tidak mengumumkan pemenang melalui mesej.

    Sesiapa yang klik pada capaian tersebut akan disambung secara automatik kepada nombor WhatsApp yang tidak dikenali. Ahli kumpulan penipuan ini akan cuba membuktikan kebenaran dengan memaparkan butiran ahli melalui WhatsApp. Kemudian, mereka akan menyuruh pengguna menaik taraf (upgrade) akaun untuk mendapatkan hadiah bernilai RM8888. Kumpulan penipuan dalam talian ini juga menggunakan peluang untuk pengguna menambah nilai amaun tertentu ke dalam e-dompet untuk melengkapkan naik taraf akaun. Walau bagaimanapun, apabila langkah tersebut dilakukan, deposit pengguna akan terus dicuri.

    Kepada warga Malaysia di luar sana, anda dinasihatkan untuk berjaga-jaga dan peka akan penipuan dalam talian sebegini. Pastikan anda mengesahkan apa-apa informasi terdahulu untuk mengelakkan daripada ditipu. Adakah anda pernah mendapat mesej penipuan dalam talian sebegini? Kongsikan untuk kesedaran pengguna di laman Facebook kami. Untuk berita lain yang sebegini, nantikan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured