More

    Penjual di Shopee dicaj untuk yuran pesanan yang tidak berjaya jika barangan dipulangkan

    Shopee Malaysia telah menjelaskan mengenai bayaran pesanan yang tidak berjaya untuk semua penjual dalam talian. Ini bermakna penjual dalam talian perlu membayar kos pos pemulangan sekiranya barang tersebut dipulangkan.

    Di laman web rasmi, yuran pesanan yang tidak berjaya akan dikenakan oleh rakan kongsi logistik kepada para penjual jika pesanan diluluskan untuk pemulangan. Hal ini akan berkuat kuasa bermula pada 9 Mei 2022 dan ia meliputi Yuran Penghantaran Hadapan (Forward Shipping Fee/ FSF) atau Yuran Penghantaran Kembali (Return Shipping Fee/ RSF). 

    Walau bagaimanapun, penjual boleh cuba mempertikaikan yuran pemulangan atau pembayaran balik dengan bukti yang kukuh bagi menunjukkan kesalahan tersebut bukan dari pihak mereka.

    FSF dan RSF akan dicaj kepada para penjual jika terdapat bukti bahawa barang rosak, tidak lengkap, salah atau palsu. Shopee Malaysia juga menyebut bahawa mereka tidak akan mengenakan bayaran kepada penjual jika rakan kongsi logistik bertanggungjawab atas kerosakan tersebut. 

    Selain itu, kos penghantaran untuk kutipan yang gagal di Collection Point akan diuruskan oleh Shopee sendiri daripada segi kutipan sendiri. Anda boleh baca dengan teliti mengenai pengumuman Shopee di sini.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Shopee

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured