More

    Penjualan iPhone SE di China dedahkan bateri 1821mAh dan RAM 3GB

    Terdahulu, kami telah mengumumkan mengenai pelancaran Apple iPhone SE tahun 2020 melalui laman web rasminya. iPhone SE terbaru ini lengkap dengan cipset Bionic A13, sama seperti cipset terkini pada peranti Apple lain termasuklah siri iPhone 11. Terkini, sumber melaporkan iPhone SE dilengkapi bateri 1821mAh.

    Kapasiti bateri ini adalah seperti kapasiti bateri iPhone 8. Anda sememangnya boleh mengatakan iPhone SE memiliki reka bentuk dan beberapa spesifikasi iPhone 8. Namun, terdapat beberapa spesifikasi yang jelas menunjukkan naik taraf yang lebih berprestasi untuk peranti Apple dengan harga yang lebih berpatutan.

    Aspek spesifikasi yang turut ingin diketahui adalah RAM. Sumber melaporkan RAM dimiliki oleh iPhone SE adalah 3GB dengan varian ROM 64GB, 128GB dan 256GB. Dalam kalangan peranti Apple dengan cipset Bionic A13, iPhone SE adalah peranti dengan RAM terendah. Namun, RAMnya lebih tinggi berbanding iPhone 8 dengan RAM 2GB sahaja.

    Apple Malaysia menyenaraikan varian 64GB pada harga RM1,999, varian 128GB berharga RM2,199 dan varian 256GB berharga RM2,699. Adakah anda berminat? Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Playfuldroid melalui tydevice

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured