More

    Pensijilan 3C dedahkan vivo NEX 5 peranti Snapdragon 8 Gen 1 dengan skrin terbesar

    Baru-baru ini, salah satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa telefon vivo baharu dengan model V2170A telah memperoleh pensijilan 3C. Ia merupakan telefon pintar vivo NEX 5 yang akan datang.

    Peranti ini menggunakan skrin bersaiz 7 inci dan cipset Snapdragon 8 Gen 1. Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama vivo akan mengemas kini barisan produk siri NEX selepas 2 tahun. Resolusi skrinnya mungkin mencapai 2K+ manakala kadar segar semula pada 120Hz.

    vivo NEX 5 mungkin mempunyai cipset Snapdragon 8 Gen 1, skrin AMOLED QHD+ 7 inci  120 Hz yang dibuat oleh Samsung, empat kamera belakang (kamera utama Samsung GN1 50MP + Sony IMX598 48MP + Sony IMX663 12MP + telefoto Omnivision OV08A10 5x 8MP), bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W dan berat 221g.

    Dimensinya ialah 168 x 76.5 x 9.2 mm. Menurut kebocoran sebelum ini, vivo NEX 5 akan mempunyai kamera yang terbaik dan pelesapan haba yang berkesan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...