More

    Penyaman udara Samsung AR9500T Wind Free dilancarkan di Malaysia berharga RM2,399

    Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics telah menganjurkan satu sesi bersama media untuk mempamerkan unit penyaman udara terkini mereka, AR9500T. Jika anda terbiasa dengan perkakas rumah elektrik mereka, unit ini adalah unit seterusnya selepas model AR9500M yang menampilkan teknologi penyejukan Wind Free Cooling. Ia juga menawarkan keupayaan AI yang dipertingkatkan untuk penjimatan tenaga elektrik.

    AR9500T asasnya adalah lebih kurang sama dengan model sebelumnya. Penyaman udara ini tetap menawarkan teknologi Wind-Free yang sama dengan 3-langkap mod penyejukan (Fast Cooling, Dehumidifying dan Wind-Free), tetapi dipertingkatkan dengan 43% kelajuan. Ini adalah hasil daripada Digital Inverter Boost yang mengurangkan mesin di dalam mencapai tahap kuasa maksimum sekaligus mengurangkan tenaga sehingga 73% (membantu Samsung mencapai 5 bintang label tenaga untuk CSPF, markah tenaga tertinggi di Malaysia).

    Kami dapat mencuba mod AI Auto Cooling. Best juga!
    Jika anda ingin membersihkan filter sendiri, anda boleh menanggalkan Easy Filter Plus pada bahagian atas penyaman udara. Agak senang untuk membersihkannya kerana bahan Tri-Care Filter dapat mengelakkan habuk, fiber dan rambut

    Selain daripada penjimatan tenaga dan kelajuannya, Samsung turut mengintegrasi keupayaan AI yang menampilkan mod AI Auto Cooling. Mod ini boleh menganalisis keadaan bilik, suhu yang diinginkan pengguna dan mod penyejukan lain, serta walaupun cuaca di luar boleh mempengaruhi penyaman udara, ia akan menyesuaikan suhu mengikut keadaan. Kesemua ini boleh dilakukan melalui aplikasi SmartThings pada telefon pintar anda.

    Terkini, Samsung Malaysia Electronics menganjurkan promosi Pembelian dengan Pembelian (sehingga 31 May 2020) di mana pelanggan dapat membeli penyaman udara Wind-Free dan layak untuk mendapat diskaun 50% untuk Samsung Air Purifier. Terdapat juga harga yang berlainan untuk setiap model berdasarkan kuasa kuda, semak di bawah!

    KapasitiHarga
    1.0 hpRM2,399
    1.5 hpRM2,699
    2.0 hpRM3,699
    2.5 hpRM4,399

    Ringkasnya, AR9500T adalah seperti penyaman udara dengan mod senyap. Apa pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured