Penyelidik China telah membuat lonjakan ketara dalam teknologi cip yang diilhamkan oleh otak manusia dengan Tianmoc. Cip baharu ini dilancarkan oleh Universiti Tsinghua yang mampu meniru sistem visual manusia untuk dalam persekitaran yang kompleks. Tianmoc menangani halangan utama untuk AI iaitu perubahan drastik dalam visual.
Cip tradisional bergelut dengan perubahan cahaya secara tiba-tiba atau gangguan yang menghalang kereta pandu sendiri dan aplikasi lain. Tianmoc menawarkan ketepatan dan pemprosesan berkelajuan tinggi paada penggunaan kuasa yang rendah.
Diilhamkan oleh otak manusia, Tianmoc mencerakinkan maklumat visual yang diterima dan kemudiannya meniru persepsi manusia. Teknologi ini mengatasi kaedah tradisional dan memastikan kestabilan sistem. Selain kereta dan robot pandu sendiri, Tianmoc berpotensi merevolusikan peranti harian seperti telefon pintar.
Pasukan penyelidik sebelum ini telah menghasilkan cip Tianjic yang juga diilhamkan oleh otak. Mereka membayangkan Tianmoc dan Tianjic akan mencipta ekosistem kecerdasan seperti otak yang komprehensif dan AI boleh belajar serta membuat alasan seperti manusia. Adakah dengan hadirnya teknologi sebegini akan menguntungkan atau merugikan kita pada masa akan datang?
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: China Daily







