More

    Penyenaraian MIIT dedahkan HUAWEI MatePad 10.4″ 2022 miliki bateri 7,150mAh

    Satu produk tablet baharu kini dilaporkan telah muncul di laman web rasmi Ministry of Industry and Information Technology (MIIT). Menurut blogger di Weibo, @WHYLAB berpendapat tablet itu adalah model HUAWEI MatePad 10.4 2022.

    Foto tablet menunjukkan bahagian hadapan turut disenaraikan dalam pensijilan China. Imej menunjukkan tablet akan mempunyai bezel di sekeliling skrin. Model HUAWEI MatePad 10.4 2022 baharu diberi nama kod BAH4-AL10 akan dilengkapi dengan HarmonyOS dan bateri 7,150mAh iaitu 100mAh lebih tinggi daripada generasi sebelumnya.

    Ia akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 778G yang ditemui dalam beberapa telefon kelas pertengahan pada tahun 2021. Oleh itu, tablet ini dianggap sebagai tablet kelas pertengahan. Spesifikasi paparan tidak diberitahu tetapi MatePad 10.4 akan memuatkan skrin resolusi 1200P yang sebenarnya versi 16:10 resolusi 1080P. Nisbah skrin ini selaras dengan reka bentuk produk HUAWEI.

    Tablet ini juga akan mempunyai slot kad SIM walaupun mempunyai sambungan WiFI. Malangnya, ia tidak menyokong sambungan 5G. Sebahagian besar kumpulan pengguna akan memilih versi Wi-Fi yang lebih berpatutan dan menggunakan telefon mudah alih untuk menyediakan rangkaian.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured