More

    Penyenaraian TENAA dedahkan iQOO U5 dilengkapi skrin AMOLED 6.58 inci dan bateri 4,910 mAh

    Sebuah lagi telefon iQOO yang akan datang telah disahkan di China. iQOO U5 (V2165A) muncul pada pangkalan data TENAA mendedahkan beberapa spesifikasi utamanya. Ini adalah peranti yang sama yang sebelum ini muncul pada pangkalan data 3C China di mana kami mengetahui bahawa ia mempunyai pengecasan 18W.

    Penyenaraian TENAA mengesahkan ianya hadir dengan paparan AMOLED 6.58 inci dengan resolusi FHD+, bateri 4,910 mAh dan dwi kamera 50MP + 2MP di bahagian belakang. Kamera swafoto telefon ini mempunyai resolusi 8MP. RAM berbeza antara 4GB,6GB dan 8GB manakala storan ialah 128 atau 256GB.

    Telefon ini akan menyokong sambungan 5G dan mungkin menggunakan cipset Dimensity 800U mengikut khabar angin sebelum ini. Beritahu kami di Facebook jika anda menunggu kemunculannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechAndroids

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...