More

    Peranti 5G Google seterusnya bakal dilengkapi skrin 120Hz dari Samsung dan BOE

    Sementara peranti berpatutan Google Pixel 4a masih lagi hangat di pasaran, terdapat berita baru yang hadir mengenai peranti Google yang seterusnya. Ia dikatakan merupakan sebuah peranti 5G dengan skrin 120Hz.

    Menurut sumber, Google bakal melancarkan sebuah peranti dengan paparan berukuran 6.67 inci. Apa yang menariknya, paparan ini dilengkapi kadar segar semula 120Hz. Walaupun masih tiada berita sama ada ianya skrin OLED atau LCD, namun sumber memaklumkan bahawa skrin akan dibekalkan oleh Samsung dan BOE.

    Tambah sumber, peranti ini turut bakal disokong 5G. Memandangkan Google baru sahaja mengacah kehadiran Google Pixel 5 dengan skrin berukuran 5.78 inci, peranti seterusnya ini mungkin bakal muncul pada tahun 2021.

    Walaupun maklumat ini masih terlalu awal untuk dihadam, namun ianya agak membantu peminat peranti Google untuk menjangkakan spesifikasi peranti seterusnya yang bakal hadir. Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: wccftech

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...