More

    Peranti boleh pakai Xiaomi terjual melebihi 2 juta unit dalam 30 minit semasa kempen 11.11

    Jenama Xiaomi telah terbukti sangat popular dengan jam tangan pintar Mi Band 2. Laporan Canalys menunjukkan Xiaomi telah mengatasi Apple pada Q2 2021 sebagai jenama boleh pakai nombor satu di seluruh dunia. 

    Peranti boleh pakai Xiaomi terus mendapat sambutan hangat di pasaran serta kempen 11.11. Data yang dikeluarkan oleh syarikat itu menunjukkan bahawa mereka menjual lebih dua juta peranti boleh pakai hanya 30 minit semasa kempen 11.11.

    Di Jingdogn (JD.com), peranti boleh pakai Xiaomi yang paling popular adalah Redmi Watch 2, Mi Rabbit Children’s Phone Watch 5C dan Mi Watch Color 2. Jam tangan pintar Redmi Watch 2 adalah peranti boleh pakai baharu yang dilancarkan oleh Redmi pada bulan Oktober lepas. Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan paparan AMOLED 1.6 inci, NFC dan kalis air 5ATM yang menawarkan harga 339 yuan (~RM220). 

    Ia juga dilengkapi dengan sokongan untuk pengesanan oksigen darah dan pemantauan kadar jantung 24 jam. Terdapat juga sehingga 117 mod sukan dan mempunyai bateri yang boleh bertahan sehingga 12 hari dengan sekali cas yang juga menyokong pengecasan magnetik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured