More

    Peranti Galaxy akan datang bakal dilengkapi ciri privasi baharu daripada Samsung

    Samsung hari ini mengumumkan ciri privasi baharu untuk peranti Galaxy yang dibangunkan lebih lima tahun bagi melindungi maklumat skrin pengguna daripada dilihat orang lain di tempat awam. Ciri ini membolehkan pengguna menyembunyikan PIN, kata laluan dan notifikasi pop‑up serta memilih aplikasi mana yang ingin diaktifkan perlindungan privasi.

    Ia juga boleh menangani isu “shoulder surfing” di mana orang di sekeliling boleh mengintai kandungan peribadi pada skrin pengguna. Berbeza dengan kesan skrin gelap secara menyeluruh, sistem ini membolehkan pengguna mengatur bagaimana maklumat peribadi dipaparkan mengikut konteks dan keutamaan yang menyeimbangkan kemudahan penggunaan dengan perlindungan.

    Tetapan ciri ini boleh diubah atau dimatikan mengikut keperluan pengguna. Samsung menjelaskan bahawa ia menggabungkan perkakasan dan perisian selaras dengan platform keselamatan Samsung Knox bagi memberikan perlindungan pada tahap paparan pixel tanpa mengganggu penggunaan harian.

    Samsung tidak menyatakan tarikh pelancaran atau model spesifik Galaxy yang akan menerima ciri ini terlebih dahulu, namun menyatakan ia akan hadir ke peranti Galaxy dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...