More

    Peranti HUAWEI dengan servis Google anda masih akan dapat kemas kini

    Terdahulu, kami telah memaklumkan sebuah kebarangkalian mengenai peranti HUAWEI anda mungkin tidak akan menerima lagi kemas kini daripada Google memandangkan lesen di antara mereka sudah tamat tempoh. HUAWEI kini tampil memberi maklum balas mengenai perkara ini. seperti di bawah:

    “HUAWEI akan terus membekalkan kemas kini sistem dan menambah baik sekuriti. Semua peranti HUAWEI yang sudah dipra-pasang dengan Google Play masih boleh menggunakan Play Store untuk memuat turun dan mengemas kini aplikasi. Peranti HUAWEI tanpa Google Play yang sudah dipra-pasang boleh menggunakan AppGalley (gedung aplikasi HUAWEI sendiri) untuk mendapatkan aplikasi dan kemas kini sekuriti.”

    Ini bermakna anda tidak perlu bimbang lagi tentang ketiadaan kemas kini jika anda memiliki peranti HUAWEI dengan GMS. HUAWEI AppGallery kini juga tidak kurang hebatnya dengan ketersediaan pelbagai aplikasi. Tidak terhenti di situ, HUAWEI juga kelihatan tampil berusaha untuk mewujudkan UI terbarunya, HarmonyOS.

    Beritahu pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured