More

    Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020

    Terkini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan keputusan teka-teki lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Melalui pengumumannya pada hari ini, tempoh PKP dilanjutkan dalam tempoh 15 April sehingga 28 April 2020. Menurut beliau, penularan wabak ini ditakuti akan meningkat semula apabila PKP ditamatkan lebih awal.

    “Kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama,” umum beliau. Lanjutan PKP ini adalah selaras dengan saranan World Health Organization (WHO) yang menyarankan agar negara-negara tidak menamatkan PKP terlalu awal. Rakyat juga digesa untuk sentiasa mengamalkan langkah pencegahan seperti penjarakan sosial, mencuci tangan, mengelakkan perhimpunan dan sebagainya.

    Pembukaan sektor ekonomi terpilih atau yang seumpamanya akan dibuka secara berperingkat-peringkat untuk kemudahan. Sebuah jawatankuasa khas kabinet akan ditugaskan untuk meneliti sektor manakah yang bakal dibuka. Namun, pembukaan industri ini bukanlah sebuah kelonggaran untuk PKP ini.

    Kami berharap agar anda dapat bersabar dan kekal berusaha untuk memutuskan rantaian COVID-19. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured