More

    ‘Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan’ bermula 10 Jun hingga 31 Ogos

    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa PKPB yang tamat pada 9 Jun ini akan disambungkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos. Ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk memulakan fasa normalisasi semula selepas wabak COVID-19.

    Dalam pada itu, beberapa kelonggaran juga telah diberikan sepanjang PKPP ini, seperti perjalanan merentas negeri, pelancongan domestik serta aktiviti di rumah ibadah. Bagi yang beragama Islam pula, ibadah korban sewaktu Hari Raya Aidiladha boleh dilaksanakan namun tertakluk kepada SOP daripada badan keagamaan negeri masing-masing.

    Walau bagaimanapun beberapa premis dan aktiviti keramaian masih tidak dibenarkan beroperasi seperti majlis kenduri, rumah terbuka, perarakan keagamaan, kelab malam, pub dan sebagainya.

    Walaupun dengan kelonggaran sewaktu PKPP, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menguat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) jika kes jangkitan COVID-19 meningkat semula. Beliau turut menasihatkan agar rakyat memuat turun aplikasi MySejahtera.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured