More

    Perisian stabil ColorOS 13 kini disediakan untuk OPPO Reno 8, K10 5G, A77 5G dan A57 5G

    OPPO menjalankan program beta ColorOS 13 untuk berbilang peranti di seluruh dunia di mana OPPO Reno8, OPPO K10 5G, OPPO A77 5G dan OPPO A57 5G telah mendapat kemas kini perisian tersebut pada bulan Oktober lepas. Pada bulan ini, kesemua telefon pintar tersebut telah menerima kemas kini yang stabil berasaskan Android 13.

    Mengikut jadual, OPPO Reno 8 dan OPPO K10 5G sepatutnya mendapat kemas kini stabil ColorOS 13 berasaskan Android 13 pada 18 November tetapi seperti biasa, kebanyakan telefon pintar OPPO menerima kemas kini dengan lebih awal.

    Bagi mereka yang tidak tahu, OPPO K10 5G, OPPO A77 5G dan OPPO A57 5G merupakan telefon yang sama dengan nama yang berbeza. Kemas kini disediakan bagi model K10 5G di India, A77 5G di UAE dan A57 5G di China pada 16 November lepas.

    Perkara yang sama turut berlaku pada OPPO Reno 8 5G di mana ia mendapat kemas kini stabil Android 13 pada 17 November di India dan China sahaja. Kemas kini stabil Android 13 untuk telefon pintar yang disebutkan di atas sedang dilancarkan secara beransur-ansur dalam kumpulan.

    Oleh itu, ia mengambil masa tertentu untuk tiba pada setiap pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured