fbpx
More

    6 perkara berkaitan teknologi yang anda perlu tahu dalam Bajet 2022

    Pada minggu lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM332.1 bilion dalam belanjawan ini, menjadikannya belanjawan tahunan terbesar dalam sejarah negara.

    Antara perkara yang paling penting dalam belanjawan tersebut adalah peruntukan sebanyak RM23 bilion ke dalam Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19) bagi membiayai pakej rangsangan ekonomi negara selepas ia terjejas teruk daripada wabak COVID-19.

    Selain itu, ia turut mempunyai beberapa dana melibatkan sektor teknologi. Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang aspek teknologi daripada Bajet 2022:

    • Kredit e-dompet sebanyak RM150 akan disediakan kepada belia berumur 18-20 tahun
    • 600,000 pelajar institusi pengajian tinggi daripada golongan B40 akan menerima sebuah tablet
    • Pelepasan cukai sebanyak RM2,500 untuk pembelian telefon pintar, komputer dan tablet
    • Peruntukan RM20 juta untuk industri e-sukan tempatan, termasuk RM5 juta untuk membangunkan sukan dron
    • Pelepasan cukai jalan untuk pemilik kenderaan elektrik (EV), pelepasan cukai sehingga RM2,500 untuk pembelian, pemasangan dan penyewaan EV
    • RM250 juta untuk kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer Predator Triton Neo 16 dilancar di Malaysia: RTX 4070, skrin 3.2K, Intel Core...

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan komputer riba gaming Predator Triton Neo 16 yang dilengkapi pelbagai spesifikasi terkini untuk menghasilkan pengalaman gaming...

    nubia Music dilancar di Malaysia: Telefon mampu milik dengan fokus pada muzik berharga RM389

    Pada hari ini, ZTE Malaysia telah melancarkan telefon pintar mampu milik yang terbaru iaitu ZTE nubia Music. Telefon mampu milik ini mempunyai...

    realme GT 6 kini tersedia untuk ditempah, deposit RM6 untuk dapatkan hadiah percuma RM1,096!

    realme GT 6 yang bakal dilengkapi skrin paling cerah di dunia kini tersedia untuk ditempah di Malaysia dengan deposit serendah RM6. Deposit...

    Pengguna Boost Bank boleh nikmati promosi khas di MYDIN, harga murah untuk barang runcit

    Peruncit terkemuka tempatan, MYDIN, mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Boost Bank yang baru sahaja dilancar pada awal bulan ini. Dengan kerjasama kedua-dua pihak,...

    Samsung pamerkan paparan e-kertas berwarna dengan penggunaan kuasa sifar watt

    Pada pameran Infocomm 2024 di Las Vegas, Amerika Syarikat, Samsung telah menunjukkan paparan e-kertas berwarna terbaharu buat kali pertama. Produk baharu ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X