Terkini, perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) digantung buat sementara waktu bermula 4 April 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. ERL meminta orang ramai untuk mengatur perjalanan dengan alternatif pengangkutan lain semasa pergantungan perkhidmatan ini.
Perkidmatan KLIA Ekspress dan transit KLIA yang termasuk dalam servis ERL turut tidak terkecuali dalam penutupan operasi buat sementara waktu ini. ERL turut memaklumkan bahawa pelanggan yang mempunyai baki dalam pas bulanan boleh mendapatkan pulangan (refund) di kaunter selepas Perintah Kawalan Pergerakan tamat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman Facebook mereka atau menghubungi talian pelanggan di (03) 2267 8000. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






