More

    Perkhidmatan Facebook Live Shopping akan ditamatkan pada 1 Oktober 2022

    Meta akan menamatkan perkhidmatan beli-belah dalam talian Facebook Live Shopping bermula 1 Oktober 2022. Syarikat media sosial itu mengatakan dengan trend pengguna yang lebih menggemari video pendek pada waktu ini, Meta ingin memfokuskan usahanya pada fungsi Reels dalam Facebook dan Instagram.

    Pengguna Facebook masih boleh menganjurkan siaran langsung Facebook Live, namun mereka tidak boleh mencipta senarai main produk (product playlists) atau menandakan (tag) produk dalam siaran tersebut.

    Jika anda merancang untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang dan pelanggan, anda boleh gunakan Reels atau Reels Ads dalam Facebook dan Instagram. Buat mereka yang masih ingin membuat siaran langsung, Live Shopping di Instagram masih boleh dilakukan selepas 1 Oktober 2022.

    Sejak ia diperkenalkan pada 2018, Facebook Live Shopping membenarkan pempengaruh internet untuk membuat siaran langsung dan mempromosi produk-produk mereka di platform tersebut. Ia amat popular di China, namun gagal mendapat tarikan yang tinggi dalam kebanyakan negara.

    Buat mereka yang ingin menggunakan Facebook Live Shopping sebelum tarikh tamatnya, anda boleh layari laman web ini untuk maklumat lanjut.

    Adakah tindakan Meta ini akan menjejaskan perniagaan anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured