More

    Perkhidmatan Grab EV kini beroperasi secara rasmi di KLIA 1

    Grab Malaysia secara rasmi melancarkan perkhidmatan Grab EV iaitu kenderaan elektrik (EV) pertama khusus untuk pengangkutan dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Perkhidmatan ini ditawarkan kepada penumpang yang tiba di KLIA dan boleh ditempah terus melalui aplikasi Grab. Kenderaan yang digunakan ialah MPV elektrik BYD M6 yang menawarkan kapasiti tujuh tempat duduk dan ruang bagasi luas dengan tempat duduk baris ketiga boleh lipat.

    rab turut bekerjasama dengan beberapa rakan industri utama termasuk BYD Sime Motors, Yinson GreenTech dan Power-Up Tech (P.UP) bagi memastikan sokongan menyeluruh terhadap penggunaan EV. Kerjasama ini turut menyokong matlamat kerajaan untuk memperluas penggunaan pengangkutan rendah karbon.

    Grab Malaysia juga memperkenalkan Lounge EV khas di KLIA yang merupakan sebuah ruang istirahat untuk penumpang yang memilih perkhidmatan EV. Ruang ini bertujuan menambah keselesaan serta menggalakkan lebih ramai pengguna mencuba mod pengangkutan mesra alam ini.

    Pelancaran Grab EV ini menandakan permulaan kepada transformasi pengangkutan awam atas permintaan kepada mod pelepasan rendah atau sifar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured