Buat para pelanggan CIMB, anda perlu tahu bahawa perkhidmatan kad debit CIMB akan tergendala buat sementara pada hari Sabtu, 13 Disember 2025 jam 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi.
Besar kemungkinan, penggantungan perkhidmatan kad debit buat sementara ini adalah untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan meningkatkan pengalaman pengguna. Ia akan dilakukan pada waktu tengah malam supaya ia tidak menjejaskan jumlah pengguna yang besar, namun jika anda merancang untuk melakukan sebarang transaksi pada waktu tersebut, anda dinasihatkan untuk melakukannya lebih awal.

Pihak CIMB memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran daripada para pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CIMB






