More

    Perkhidmatan Ninja Cold dilancar di Malaysia untuk penghantaran produk sejuk beku

    Ninja Van Malaysia kini memperkenalkan Ninja Cold, perkhidmatan baharu untuk memenuhi keperluan penghantaran rantaian sejuk di Malaysia. Fokus utama perkhidmatan ini adalah kepada perniagaan ke perniagaan (B2B) dan perniagaan ke pengguna (B2C) yang memastikan produk makanan sejuk beku atau mudah rosak dihantar dalam keadaan terbaik.

    Dengan teknologi penyejukan terkini, Ninja Cold menawarkan kawalan suhu yang fleksibel dari suhu sejuk (0°C hingga 8°C), sederhana (18°C hingga 25°C) hingga beku (-15°C hingga -20°C). Penghantaran dipastikan tepat pada waktunya melalui sistem Polygon Routing yang membantu mengekalkan kualiti produk sepanjang perjalanan.

    Menariknya, perkhidmatan ini hanya dikhususkan untuk produk makanan halal manakala makanan tidak halal tidak dibenarkan untuk dihantar. Sistem pembayaran yang fleksibel turut diperkenalkan di mana pengguna hanya membayar mengikut penggunaan perkhidmatan.

    Ninja Cold juga dilengkapi dengan Ninja Dashboard dan Routing System yang membolehkan pelanggan memantau dan mengesan penghantaran secara masa nyata. Berbeza dengan perkhidmatan Ninja Van biasa, Ninja Cold menggunakan trak berwarna biru dengan label khas serta kotak berpanel penyejuk pelbagai saiz untuk kemudahan penghantaran.

    Setakat ini, perkhidmatan ini hanya tersedia di Semenanjung Malaysia dengan tempoh penghantaran antara satu hingga tiga hari bekerja dan berat minimum penghantaran antara satu hingga lima kilogram. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman rasmi Ninja Van Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan perkhidmatan baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured