More

    Perkhidmatan penghantaran makanan ShopeeFood dilancar di Malaysia, tawarkan pelbagai baucar promosi

    Pada hari ini, Shopee Malaysia telah melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan ShopeeFood yang boleh diakses dalam aplikasi Shopee sedia ada. Pengguna Shopee di Lembah Klang boleh mula memesan makanan melalui ShopeeFood bermula 24 September 2021 dan ia menampilkan pelbagai restoran popular seperti Burger King, A&W, Starbucks dan banyak lagi.

    Sempena pelancaran perkhidmatan baru ini, ShopeeFood akan menawarkan baucar Penghantaran Percuma serta baucar diskaun bernilai hingga RM8 untuk para pelanggan baharu. Selain itu, ia juga akan menawarkan tawaran hebat untuk makanan berharga RM10 ke bawah sebelum 28 September 2021.

    Antara penyedia makanan yang bakal ditawarkan dalam ShopeeFood termasuklah, Marrybrown, Kenny Rogers, Tealive, Boost Juice, Sushi King, ZUS Coffee, Llaollao, Warisan Nasi Kukus, Nam Heong dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang makanan yang boleh dipesan dalam ShopeeFood, anda boleh layari laman Instagram mereka atau laman web rasmi.

    Pelanggan kini boleh memilih ShopeeFood untuk penghantaran makanan mereka, selain GrabFood dan Food Panda. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan fungsi Shopee baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured