More

    Perkhidmatan strim filem Max akan dilancar di Malaysia pada 19 November 2024

    Buat para penggemar filem dan siri televisyen antarabangsa, syarikat penerbitan filem Warner Bros Discovery (WBD) mengumumkan bahawa perkhidmatan penstriman Max akan dilancar di Malaysia pada 19 November 2024.

    Jika anda tidak kenal perkhidmatan penstriman ini, ia menyediakan pelbagai kandungan eksklusif daripada saluran terkenal seperti HBO, Cartoon Network, Discovery, TLC, AFN, Food Network, HGTV, Max Originals dan banyak lagi.

    Antara filem menarik yang akan ditawarkan dalam perkhidmatan ini termasuklah Godzilla x Kong: The New Empire, Barbie dan Mission Impossible: Dead Reckoning, manakala siri televisyen termasuklah The Last of Us, House of the Dragon, Dune Prophecy dan The Penguin.

    Anda juga boleh menonton pelbagai filem dan siri televisyen klasik seperti Harry Potter, Lord of the Rings, Friends, Game of Thrones, Rick and Morty, Adventure Time dan banyak lagi.

    Pada waktu ini, semua tajuk di atas boleh ditonton dalam penstriman HBO GO, namun ia juga akan ditawarkan dalam Max bermula 19 November 2024. Pelanggan HBO GO boleh mendaftar masuk ke dalam Max menggunakan maklumat yang sama. Sungguh pun begitu, harga langganan Max masih belum diumumkan.

    Jika ia mengikuti pelan HBO GO, ia akan ditawarkan dalam tiga tahap iaitu Mobile (720p), Standard (1080p) dan Ultimate (4K UHD). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan penstriman ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Max

     

    Artikel Terkini

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured