More

    Perlu kuasai teknologi tinggi untuk negara berpendapatan tinggi: Muhyiddin

    Melalui sebuah acara pelancaran National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Malaysia perlu menguasai teknologi tinggi untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

    Tambah beliau, kekuatan militari, bidang ekonomi dan kuasa besar dunia terdahulu membuktikan bahawa ianya banyak bergantung kepada penguasaan teknologi. Pada tahun 1977, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Korea Selatan dan Taiwan. Kedudukan ini jatuh kerana Korea Selatan dan taiwan semakin maju dalam penguasaan teknologi.

    Muhyiddin berkata NTIS bakal memandu Malaysia ke arah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi. Kerajaan juga memperuntukkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) RM100 juta untuk perkembangan teknologi, inovasi dan kreativiti dan mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu. 

    Contoh penguasaan teknologi kini ialah syarikat dron tempatan Aerodyne Group yang menerima pelbagai pengiktirafan termasuk kedudukan ketiga di dunia oleh Drone Industry Insights (DII) dalam ’10 Penyedia Terbaik Perkhidmatan Dron 2019′ dan dinamakan sebagai Frost & Sullivan’s ‘Asia Pacific UAV Services Company of 2019’.

    Adakah kita sebagai rakyat sudah bersedia untuk mengangkat teknologi tinggi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...