More

    Permainan aplikasi Plague Inc. kembali popular selepas 8 tahun kerana wabak Coronavirus

    Siapa sangka game yang sudah berusia lapan tahun dilancarkan berjaya tular semula. Lebih menghairankan, punca tular pada kali ini bukanlah disebabkan promosi daripada pihak selebriti sebaliknya disebabkan penyebaran wabak Coronavirus (2019 nCoV).

    Sama seperti wabak itu yang mula tular di China, game Plague Inc terus menjadi popular di kalangan pengguna China sekaligus tersenarai sebagai bestselling app.

    Membolehkan para pemain menghasilkan penyakit atau virus untuk memusnahkan dunia

    Mengulas mengenai bagaimana Plague Inc mampu tular, game ini berkisarkan mengenai strategi untuk menghasilkan virus yang hebat sebelum pihak saintis menghasilkan ubat dan vaksin sebagai penawar. Para pengguna akan memenangi game ini sekiranya berjaya menghasilkan virus yang mampu memberi maut kepada orang ramai.

    Para pengguna di China dikatakan mulai memain semula game yang sudah lapan tahun dilancarkan sebagai cara untuk mengurangkan rasa takut terhadap wabak Coronavirus.

    Para pemain berpeluang melihat lokasi penyebaran wabak

    Setakat Plague Inc dilancarkan pada tahun 2012, game ini sudah berjaya dimuat turun sebanyak 120 juta kali sejak 2012 dan memperoleh beberapa anugerah game terbaik tahunan.

    Buat anda yang berminat untuk mencubanya, game ini sedia dimuat turun melalui platform Android, iOS serta Windows. Tetapi kemunculan game ini bukanlah untuk menjadikan Coronavirus sebagai model, mungkin game ini dapat mengurangkan kegusaran anda mengenai wabak Coronavirus seperti pengguna di China.

    Kongsikan pengalaman anda jika pernah bermain game ini di laman Facebook kami. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : VOCKET

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured