More

    Permintaan tambahan ciri untuk aplikasi Threads, sudah ‘dalam senarai’ untuk pembangunan

    Threads secara rasminya dilancarkan pada hari Rabu lepas dan aplikasi itu telah mencapai lebih 70 juta pengguna buat masa ini. Adam Mosseri dan Mark Zuckerberg telah mengesahkan bahawa beberapa permintaan ciri sudah “dalam senarai” untuk dibangunkan dan dikeluarkan pada masa hadapan.

    Salah satu daripadanya adalah suapan yang hanya menyiarkan kandungan daripada akaun yang mereka ikuti. Mosseri menunjukkan bahawa kedua-dua Facebook dan Instagram mempunyai suapan yang hampir serupa.

    Kemudian, bagi kebanyakan pengguna yang hanya mencuba Threads dan ingin memadam aplikasi itu, mereka perlu memadam akaun Instagram sekali dan ini agak melecehkan. Seperti yang pernah dikhabarkan, syarikat itu sedang mencari cara untuk dapat memadamkan akaun Threads secara berasingan pada masa hadapan.

    Salah satu permintaan ciri biasa adalah keupayaan untuk menyunting siaran. Permintaan ini dikatakan ‘dalam senarai’ tetapi tidak jelas bagaimana ciri itu akan berfungsi dan jika Meta akan mengambil pendekatan yang serupa dengan Twitter di mana versi premium sahaja akan dapat fungsi tersebut.

    Tanda pagar (hashtags) telah menjadi cara untuk orang ramai mencari perbualan atau mengenai topik tertentu. YouTuber teknologi Justine Ezarik pula mencadangkan untuk menggunakan ciri daripada Instagram Reels yang membolehkan pengguna memilih sehingga tiga topik yang berkaitan dengan siaran.

    Threads dilancarkan tanpa keupayaan untuk bertukar antara berbilang akaun. Pada masa ini, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun pada perkhidmatan, anda perlu log masuk dan keluar secara manual. Ciri ini juga dalam senarai dan masih tidak pasti akan pelancarannya.

    Salah satu perbezaan antara Twitter dan Threads adalah tidak lama lagi akan ada sokongan fediverse seperti yang dijanjikan oleh Meta untuk membolehkan pengguna perkhidmatan lain seperti Mastodon melihat dan berinteraksi dengan siaran Threads walaupun mereka tidak mempunyai akaun. Syarikat itu mengatakan ia merancang untuk menggunakan protokol ActivityPub untuk membolehkan ini.

    Rancangannya adalah untuk menjadikan Threads sebahagian daripada fediverse iaitu sebuah rangkaian pelayan untuk pelbagai media sosial yang berbeza, namun ia dikendalikan oleh pihak ketiga yang membenarkan perkhidmatan media sosial ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pelayan di fediverse beroperasi sendiri tetapi boleh berinteraksi dengan pelayan lain di fediverse yang berjalan pada protokol yang sama.

    "
    "

    Kebanyakan ciri di atas pasti akan dilancarkan tidak lama lagi untuk memudahkan pengguna berkongsi suapan termasuk keupayaan untuk menterjemah siaran ke dalam bahasa yang berbeza.

    Oleh itu, kami menjangkakan ciri-ciri ini mungkin dilancarkan selewatnya pada awal tahun depan mengikut giliran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured