More

    Perodua dijangka tawar EV bawah RM80K, bateri sewa berasingan

    Perodua dijangka melancarkan kenderaan elektrik (EV) mampu milik menjelang hujung tahun ini dengan harga di bawah RM100,000. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, telah membayangkan konsep jualan baharu yang membolehkan syarikat menjual EV pada harga bawah RM80,000 dengan tidak memasukkan bateri dalam harga jualan.

    Menurut laporan Harian Metro, Zainal menyatakan bahawa konsep baharu ini melibatkan penyewaan bateri EV secara berasingan. Dalam konsep ini, bateri EV akan dimiliki oleh Perodua manakala pemilik EV akan membayar sewa bulanan kepada syarikat.

    Beliau juga menambah bahawa harga sewaan akan dikekalkan pada kadar minimum dan kajian Perodua mendapati ramai pengguna menyokong skim ini. Selain itu, pendekatan ini juga membolehkan Perodua memastikan setiap bateri EV berada dalam keadaan terbaik sepanjang penggunaannya.

    Dengan konsep penyewaan bateri ini, pengguna dapat memiliki EV pada harga lebih rendah tanpa perlu menanggung kos bateri yang mahal. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Metro

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured