More

    Perodua, UTM jalin kerjasama bangunkan teknologi EV generasi baharu

    Perodua dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memeterai perjanjian kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik generasi baharu (xEV). Kerjasama ini merangkumi rancangan untuk mendidik dan melatih jurutera masa depan dalam teknologi berkaitan xEV.

    Kerjasama ini adalah langkah strategik bagi membuka peluang kepada Malaysia untuk membangunkan teknologi xEV sendiri dan merapatkan jurang antara dunia akademik serta industri. Ia juga boleh menjadi model kerjasama antara akademik dan industri untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam sektor automotif global.

    Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, sebuah makmal satelit akan ditubuhkan di kampus utama UTM di Skudai, Johor. Dalam kenyataan tersebut, turut dinyatakan bahawa Perodua dan UTM akan bekerjasama secara aktif dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan, program latihan serta pembangunan bakat untuk kakitangan kedua-dua pihak.

    Usaha kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama Biz

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured