More

    Perplexity umum Cristiano Ronaldo sebagai pelabur dan duta rasmi syarikat

    Cristiano Ronaldo kini secara rasmi menyertai syarikat kecerdasan buatan Perplexity AI sebagai pelabur dan duta jenama. Perplexity yang dikenali sebagai enjin carian berasaskan AI mengumumkan kerjasama ini sebagai langkah strategik untuk mengembangkan capaian global mereka.

    Penglibatan legenda bola sepak dunia itu bukan sahaja sebagai wajah promosi, tetapi turut melibatkan pelaburan kewangan dalam syarikat tersebut. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Perplexity melancarkan “Perplexity x CR7” iaitu sebuah hub digital interaktif yang khusus memaparkan perjalanan kerjaya Ronaldo.

    Melalui platform ini, peminat boleh mengakses arkib peribadi, foto eksklusif dan klip gol-gol ikonik beliau. Perplexity menyifatkan hub tersebut sebagai pengalaman AI baharu yang menggabungkan data, naratif sukan dan interaksi pintar untuk peminat di seluruh dunia. Penyertaan Ronaldo merupakan satu penghormatan besar dan secara tidak langsung menjadikan Perplexity platform AI paling boleh dipercayai untuk mendapatkan jawapan.

    Perplexity dijangka memperluas jejaknya terutama di rantau Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin di mana Ronaldo mempunyai jutaan pengikut setia. Pengumuman ini menjadikan Perplexity antara syarikat AI pertama yang bekerjasama secara langsung dengan ikon sukan dunia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Perplexity

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...