More

    Persidangan Pembangun OPPO 2021: OPPO perkenalkan teknologi dan inisiatif inovatif

    OPPO mengadakan OPPO Developer Conference (ODC) 2021 dengan tema “Building A Better Future Together.” Naib Presiden OPPO dan Presiden Institut Penyelidikan OPPO iaitu Levin Liu  berkata pembangun perlu dapat menyokong senario penggunaan yang berbeza dan kitaran operasi yang lebih panjang untuk membina masa depan yang lebih baik untuk pengguna bagi mewujudkan interaksi semula jadi antara manusia dan peranti.

    Ini memerlukan visual yang tinggi, pengkomputeran yang cekap dan sambungan antara peranti yang berbeza. OPPO telah membawa teknologi Omoji dipacu AI kepada ColorOS yang dapat membantu pembangun menghidupkan aplikasi dan game. Melalui pembelajaran mendalam dan algoritma AI, ia boleh menangkap dan menghasilkan semula ekspresi muka dan menjadi avatar pengguna di dunia maya.

    Berdasarkan API Vulkan, pengesanan sinar OPPO boleh menghasilkan semula butiran di dunia nyata dan meningkatkan pengalaman tontonan pengguna. OPPO telah membangunkan prototaip pada peranti mudah alih dan merancang untuk menyediakan akses keupayaan teknologi kepada pembangun pada penggal pertama tahun 2022. Ia mempunyai potensi aplikasi yang luas seperti kertas dinding langsung 3D, penapis imej dan AR.

    OPPO melancarkan pengkomputeran prestasi dan heterogen penyelesaian-optimum kuasa yang boleh menggunakan teras, benang dan pemproses berbeza. Ia dijalankan untuk menyelesaikan masalah prestasi aplikasi dengan lebih mudah dan menjadikan program berjalan lebih pantas dan lebih cekap. 

    OPPO Carlink yang diumumkan telah bekerjasama dengan lebih 70 syarikat sebagai fungsi seperti membuka pintu kereta dan menghantar pesanan ke skrin kereta dengan telefon pintar. Ini dapat memperluaskan keupayaan penyambungan telefon pintar dan kereta yang juga memberi akses lebih mudah untuk membangunkan produk berkaitan kereta. 

    Syarikat tersebut turut mengumumkan penubuhan OPPO Health berfokuskan pencegahan perubatan dan perubahan gaya hidup. Didorong oleh deria, algoritma, data dan kejuruteraan bioperubatan, OPPO health bermatlamat dalam penyediaan data, model dan maklum balas yang berterusan dalam jangka panjang kepada pengguna dan penyedia penjagaan kesihatan.

    Mereka turut mengumumkan set “OPPO Health Research Kit” untuk kolaborator daripada industri kesihatan bagi membantu pengumpulan data, analisis dan pembangunan aplikasi. Ia direka untuk membantu penyelidikan kesihatan unik mereka dan akhirnya berubah menjadi aplikasi bebas dalam ekosistem kesihatan OPPO.

    OPPO ingin bekerjasama dengan lebih ramai pembangun untuk mencipta pengalaman teknologi yang pelbagai dan lancar untuk pengguna di seluruh dunia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...