More

    Pertandingan Call of Duty dan Overwatch kini dianjurkan secara dalam talian sahaja

    Pelbagai pertandingan permainan video kini terpaksa dibatalkan atau dijadikan kepada acara dalam talian sahaja kerana penularan wabak COVID-19. Terbaru, liga Call of Duty dan Overwatch mengumumkan bahawa acara-acara tersebut di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah akan dianjurkan sebagai acara dalam talian.

    Untuk Call of Duty League (CDL), pertandingan tersebut akan disiarkan secara langsung dalam YouTube namun setakat ini tiada tarikh telah diberikan. Pada asalnya CDL dianjurkan di beberapa bandar dalam AS dan Eropah namun kini tiada maklumat lanjut diberikan tentang bandar seterusnya. Ia sudah pun diadakan di Minnesota, London, Atlanta dan Los Angeles.

    Sementara itu, Overwatch League (OWL) pula akan membawa perlawanan pada bulan Mac dan April ke dalam talian, di mana jadual baru akan diumumkan pada minggu depan dan perlawanan pertama dijangkakan untuk berlaku pada 21 Mac.

    Game lain seperti pertandingan League of Legends (LoL) juga terjejas akibat penularan virus. Walau bagaimanapun, hanya pertandingan LoL di China sahaja yang akan dianjurkan dalam talian manakala di Eropah dan Amerika Utara pula akan dianjurkan seperti biasa tetapi tanpa kehadiran peminat.

    Adakah anda akan menonton pertandingan-pertandingan ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured